Ini percubaan pertamaku utk meluahkan berbagai perkara dan karya ini mungkin tak setanding Karya mereka yg lebih Hebat kerana aku masih baru utk melakukan perkara-perkara ini.Malam ni 23/11/2012 adalah malam yg di tunggu-tunggu oleh kebanyakan pemuzik kerana Malam ini kat 8TV ada #ShoutAward12 yg sememangnya di nantikan oleh semua pemuzik di asia .. Cerita pasal muzik sebenarnya aku juga mungkin berdarah Muzik kerana aku dan muzik begitu rapat,selain itu aku juga boleh bermain alatan muzik seperti Guitar,Dram,Bass dan mungkin sekarang aku sedang belajar utk bermain Keyboard dan mungkin aku akan bermain Synthesizers tak lama lagi yg menjadi Impian aku.
Cukuplah dengan itu,dulu aku bersama Crew aku kadang kala pernah di jemput utk menghadiri Gig kalau korang tahu.Aku dan Crew bermain muzik di atas pentas bersama Barisan Pemuzik Underground seperti Second Combat dan ramai lagi.Mungkin malu mungkin Bangga utk bersama-sama mereka memperjuangkan seni Underground yg tidak ramai di ketahui umum.Mereka sangat Hebat bagiku walaupun Underground mereka tetap bersemangat memperjuangkan Seni mereka yang asli dan tidak sama sekali mengambil dari mana-mana Komposer terkenal.
Kini Kami telah berpecah kerana ingin menjalankan hidup masing-masing dengan lebih sempurna dan di samping itu Aku bangga kerana Vokalis Kami *Farouk atau ketika dulu di kenali sebagai Ash kini sudah mendapat hidayah dan kini lebih mengenali Islam sememangnya Agama Kami.Kadang kala Rindu Zaman utk Gig bersama mereka atau kadang kala kami menghabiskan seharian masa dengan Jamming berdekatan sekolah kami.Mereka masih sering lagi Aktif dan kadang kala aku bertukar-tukar alat utk merasa semua di dalam bilik Jamming itu.
Kini Kami masih lagi Kawan yg Takkan Pernah Berpisah kerana Minat kami adalah Satu iaitu Muzik :)
No comments:
Post a Comment