*Zaman Menengah Di Bangunan Hijau Kuning
Ketika masuk utk mendaftar,aku merasakan sekolah Hijau Kuning ini serasi utk aku yg mempunyai sifat pemalu terhadap perempuan.Meneruskan langkahku utk meneroka Bangunan Tinggalan Perang ini.Langkah ku berterusan Ke Dewan sekolah itu yg Di namakan Dewan Putera,Majlis Suai Kenal agaknya di lakukan utk Kami semua yg masih mentah di sini.Orang pertama yg Ku Cari,Nabil.. rakan ketika di sekolah rendah dan merupakan Sahabat Karibku.Ketika sedang berjalan-jalan di dewan,Tetiba aku mendengar pekikkan dari Belakang *Ras!!!!! Dalam hati kecilku berkata,Siapa pula yg tak kenal aku lalu jerit-jerit Nama Mahal tu pula.Aku menoleh,Lahai..Nabil rupanya,Hatiku sekali lagi berkata,Aku terus menggerakkan Kaki ku ini utk pergi kepadanya..Nabil,,Kau dah lama sampai??Dia berkata..Aku Masuk Asrama lah Aras.. Owh yeke..Percakapanku menoleh Rakan-Rakan Nabil yg di sebelahnya..Ramai juga Kawan Budak nieh..Aku hanya berkata dalam Hati.Hari demi hari aku meneruskan pelajaran di situ semakin Ramai rakan baru yg aku dapat seperti Farhan Kamaruddin@Suparman jika di twitter,Farouk,dan ramai lagi..Aku meneruskan Kehidupan Di Sekolah Keris Silang itu Sehingga Habis Tahun 2010.
*Tahun seterusnya 2011 Bersama Guru Kelas aku Bernama Cikgu Azura
Assalamualaikum Cikgu Azura .. suara ketua kelas mencelah suasana yg bising itu kerana Antara Kami ramai Yg sudah semakin rapat.Meneruskan Hari-Hari persekolahan dengan Mulut celupar Azura seperti Mulut Murai,Percakapan yg Hebat seperti Api,Racun dan sebagainya..Namun Kami tabah meneruskan Pelajaran bersamanya dan mata pelajaran Sejarah ketika itu mata pelajaran yg aku paling benci kerana Azura,Dia,.....memang Celupar dan ibarat Longkang Busuk.Tapi mahu tidak mahu.,belajar sajalah.. Diam ketika mata pelajaran Sejarah..Meneruskan Kehidupan di Hijau Kuning dan ketika menghampiri tahun akhir,aku menjadi rapat dengan Iskandar,Shauki,Harith Shukrie@Pedo dan ramai lagi .. mereka memang masuk air dan ketika itu aku sudah berjinak-jinak dengan Dunia muzik underground ajaran Alif Haikal,Farouk yg Masih lagi yg Dulu.Bersatu Hati ingin mencuba di bidang Muzik.
*2011 November & Disember Yang Amat Bererti
Ketika ini aku belajar mengenali dunia luar bersama Pedo,Iskandar,Shauki,Alif,Farouk dan ramai lagi.Mengenal Dunia luar tentang Hangout,Jamming dan sebagainya.Belajar tentang Guitar,Hentak drum,Tarik Bass,Skinny Jeans,Vans, dan semua di Ketika ini aku mengenalinya.Persahabatan antara kami semakin rapat dan susah utk di pisahkan.
*2012 Peperiksaan Penting dan Erti Persahabatan dan Perubahan
Bangun pagi gosok Gigi Pakai Baju Sekolah Naik Motor Turun Motor Ambil Bas Tertidur Dalam Bas Turun Bas dan sampailah aku ke Sekolah Keris Silang itu.Perhimpunan tiap pagi yg amat mengjengkelkan,Ceramah tentang PMR sana sini yg semakin Hari semakin sama.Ketika Bulan berapa aku tak ingat,Band aku bersama,Farouk,Alif Haikal,Iskandar mendapat peluang utk membuat Gig di Pandan Indah atau Pandan Jaya tak silap Aku.Di situ kami mulai bersemangat memperjuangkan muzik kami.Hahaha,puas Headbanging,Moshing dan berbagai lagi.Ketika itu kami dapat rasakan Darah Remaja kami mulai Naik.Semangat Bai bak Kata Iskandar Drummer Kami.Seronok ingat zaman itu.Sebelum pergi ke Gig itu aku telah Baru sahaja Mengenali Arep Ucop,kini rakan Baik ku selaku Crew Jebat Derhaka..Ada masa nanti,aku bercerita tentang Jebat Derhaka Crew.Berbalik dengan itu,aku mengenali Arep melalui Ketika aku ingin menggunakan Beg Guitar..Aku ingin meminjamnya tetapi Rupanya di hanya ada Guitar tetapi tidak utk Beg tersebut.Sejak itu aku mulai rapat tapi Bukan GAY ok .. hahaha .. and now Dia adalah Sahabatku susah senang.Begitu juga Shafiq,aku mengenalinya melalui Arep,Shafiq always ada utk rakanya tetapi kadang kala Sifat Sakainya yg aku tak tahan.PMR semakin dekat dan aku rasa makin Gentar kadang kala..Aku tidak ambil kelas Tuisyen mahupun Tambahan.. Hanya kelas-kelas di sekolah menjadi Harapn aku utk mendapatkan Extra Pelajaran.Hari-demi Hari PMR menghampiri Kami.
*PMR now Kami semua bersama Awak
PMR .. malas nak dengar perkataan itu.. tetapi kami semua perlu menghadapinya.. Hari yg Di Benci pun tiba. Kertas Pertama BM..agak selesa ketika itu..Seperti biasa terus menghadapi PMR dengan Tenang dan Jayanya,.Kertas yg Dinantikan Oleh Budak RK1 dan RK2 .. Mathematic .. Jyeah!! Hahaha ..Paper 1 ,,terus terang mengatakan Macam **** Paper 2 kami senyum.Boleh di jawablah tu tandanya.Dan tibalah Paper terakhir,Kemahiran Hidup..Memori ini sangat aku suka kerana di akhir-akhir masa aku menjawab Paper ini..Phone Ku Vibrate di poket..Hahaha..takut kantoi dengan pengawas peperiksaan.Aku diamkan.Selesai menjawab,aku terus keluar Bilik Peperiksaan dan check,siapalah yg Call time ngah exam tadi..Tup Tup,Mak aku,Aku call Mak aku kembali,Lahai... Rupanya suruh ambil motor di bengkel je rupanya..Hahaha,Wat takut je.
*Bye PMR Kami akan rindukan itu semua
Selesai menjawab,Aku berjumpa rakan-rakanku Arep,Shafiq,Pedo,Shauki dan yg Lain-lain..Macam mana ?? Kita dah Free kan?? Hahaha... masing-masing gelak besar.. selepas habis PMR aku tidak langsung menjejakkan kaki di bangunan Hijau kuning tetapi aku mulai berjinak-jinak dengan Rugby,,Setiap hari destinasi aku hanyalah padang sekolah kerana training Rugby..Kemudian setelah berhari-hari train,Kami perlu menghadapi Pra Mssd di sekolah SKI dan nasib kami baik,Keris Silang mendapat nombor 3 utk pemain Bawah 15 tahun.Kini segalanya telah berakhir..Tinggal menunggu Keputusan PMR.
Alangkah indahnya dunia jika kita semua tak akan membesar :D #Hujan - Muda
Kini aku banyak pelajari bahawa Entry ini sebenarnya mengingatkan aku kepada semua memori ketika bersekolah,menghadapi masalah dan sebagainya.InsyaAllah jika kita berusaha kita pasti berjaya kerana tiada kejayaan tanpa usaha.Kita boleh membezakan ketika Di zaman Rendah dan menengah memang lain situasinya.Masa tidak boleh di putarkan kerana masa terus mengejar kita yg semakin meningkat dewasa ini.InsyaAllah jika aku berkesempatan aku akan menulis Entry Jebat Derhaka Crew.
*Aku ingin meminta maaf jika ada kekurangan di Entry ini kerana sedang kelam kabut dengan TL yg sentiasa penuh.. :)
No comments:
Post a Comment