Berkata pasal Kesempurnaan,Aku berfikir sejenak adakah mereka yg buta itu dapat melihat keindahan Dunia yg telah Allah Ciptakan ini.Aku merasa serba salah kerana aku di sini puas menikmati Keindahan Allah tetapi mereka tidak dapat melihat Keindahan Pokok,Daun berterbangan,Pelangi dan sebagainya iaitu Ciptaan Allah SWT yg terlalu Indah buat Kita.Aku pasti mereka yg Cacat penglihatannya pasti dapat merasai Ciptaan ini dengan mata hati mereka iaitu Pancaindera Selain Mata.Mata hati lebih tajam penglihatannya kerana Menurut pepatah ' Biar Buta Mata jgn Buta Hati '. Ini menunjukkan bahawa Mata hati lagi Hebat kuasanya.
Berfikir pula pada mereka yg Pekak mahupun Bisu,mereka dapat melihat dengan jelas Ciptaan yg Indah ini tetapi pada mereka,mereka tidak dapat mendengar Kurniaan Allah seperti Bunyi Kicauan Burung yg selalu mencelah di kala sunyi,Kokokkan ayam-ayam di pagi Hari,Bunyi Ombak di tepi Pantai dan sebagainya.Mungkin mereka sedikit bertuah kerana dapat juga melihat Ciptaan ini semua walaupun tanpa mendengar bunyi-bunyian Ciptaan Allah SWT yang Maha Berkuasa Ini.
Berkata tentang Ciptaan Tuhan,Aku selalu terfikir sampai bila aku dapat melihat burung beterbangan,Tumbuhan hijau yang kini telah banyak di musnahkan akibat kerakussan sifat sessetengah Manusia.Pelbagai Ciptaan yang indah ini adakah ia masih wujud ketika Aku menghembuskan Nafasku yang terakhir nanti.Persoalan itu tidak mampu utk aku menjawab tetapi sebaliknya terus memikirkannya.Ketika Entry ini di tulis Hujan masih lagi renyai-renyai dan belum lagi reda dan membuatkan kebanyakan dari Kita berasa ingin tidur semula kerana Kedinginnan pada Pagi Ini.
Aku terus melihat luar tingkap utk melihat Rahmat itu Turun dan ketika mataku liar memerhatikan suasana itu,Aku terlihat sebuah pokok yang mungkin sudah atau Hampir mati di mamah usia yang kelak kita semua menjadi sepertinya yang akan meninggalkan dunia yg hanya Pinjaman seketika Ini.Terdengar Kokokkan ayam di pagi-pagi yang Hening ini.Aku berasa takut kalau-kalau ini Hari terakhir aku menikmati semua ini kerana Ketika kita meninggalkan dunia nanti segala amalan kita yg perlu di bawa.
= Ketika kesunyian menulis Entry ini,Aku banyak mendengar lagu ini yang terlalu Naif dan Puitis Liriknya.Semoga kita semua sentiasa di beri Nafas utk meneruskan kehidupan yang terlalu indah dan Sempurna ini.InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment