Friday, 23 November 2012

Berubah Sebaik Yang Boleh

Kita semua tidak boleh lari dari Kekecewaan dalam hidup kerana itu adalahh sebahagiaan dari hidup kita.Kita di ajar supaya menghargai apa yang kita ada dan bersyukur dengan semua benda yang berada di sekeliling kita.Kita sebagai manusia yang naif dan sering lalai dari tanggungjawab asal kita sebagai manusia kerana kadang kala kita lalai akan perkara-perkara yang ada di Dunia ini.Kita semua sebagai manusia mesti inginkan perubahan ke arah kebaikan kerana Dunia kini semakin hari semakin Tua dan Kiamat mungkin menghampiri Kita dan tiada siapa yang tahu bila berlakunya Hari Pembalasan itu.




Kita sebagai manusia hanya berhak tahu yang Kiamat itu berlaku pada Hari Jumaat,,kenapa Jumaat?Kita mungkin tertanya-tanya tetapi itulah yang kita ketahui dari kecil sehingga Kini.Mungkin kadang kala ada di antara kita yg berkata *Kita Muda Lagilah,Kita Perlu Enjoy... Mungkin tak salah utk kita Enjoy kerana tiada sesiapa yang tidak terlepas dari melakukan perkara yang sia-sia tetapi Kita perlu ingat bahawa semakin Hari berlalu,umur kita juga sering meningkat.Semakin banyak perkara yang Kita tempuhi.Mungkin kita masih muda tetapi setakat ini pelbagai masalah yg perlu kita tempuhi utk meneruskan Hidup yg nyata ini.




Harap kita semua sentiasa dapat berubah ke arah kebaikan sedikit demi sedikit dan berharap adanya sinar Hidayah Allah utk Kita sebagai Hambanya yg Kerdil lagi Jahil ini.Kita semua mahukan Kebahagiaan Dunia dan Akhirat.Kita tak mahukan Neraka yg panas itu tetapi kita semua mahukan Syurga yg Indah dan terlalu Indah utk kita.Malam ini ketika aku sedang menulis aku terdengar bunyi Burung yg berkicauan mencelah kesepian Malam.Aku terfikir sampai bila aku akan terus mendengar,melihat kurniaan dan Ciptaan Allah SWT yg sememangnya Indah-Indah belaka dan Tiada Cacat Celanya.




Alhamdulillah Bersyukur terhadapmu Ya Allah yg Telah kurniakan Segala kebaikan terhadapku iaitu Hambamu ini yang Kerdil,Jahil,Naif dan Hina Ini.Semoga kau berikan aku Nafas lagi utk ku meneruskan Hidup Ini InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment