Saturday, 24 November 2012

#Classmate I Miss You All

Classmate atau Rakan sekelas kita semasa Di sekolah Mahupun Tuisyen.Berkata tentang itu kita sering teringat Rakan ketika Zaman sekolah Rendah mahupun Menengah.Aku kadang kala kerap bermimpi akan Keriangan Zaman Kanak-kanak ketika di sekolah Rendah Dulu.Pastinya indah dan Riang kerana kita semua pasti sentiasa bergembira,berlari dan berkejaran,main nyorok-nyorok,Police dan pencuri dan berbagai lagi permainan ketika itu.Kita sentiasa bergembira tanpa memikirkan sedikit pun masalah ketika itu,kerana yang kita tahu pada masa itu hanyalah Keriangan yg berpanjangan.Itu semua hanyalah sekadar memori yg sudah lepas.Tersenyum sendiri ketika mengingatkan secara tiba-tiba pelbagai memori ini dan memori yg membuatkan ku tergelak seorang diri ketika di sekolah rendah adalah seorang pelajar perempuan yg dalam Bahasa Kasar nya mudah utk di Fahami *Berak Dalam kain* .. Hahaha.. nak pecah perut mengingatkan itu semua.Tetapi zaman Kanak-Kanak adalah Zaman paling Suci Mindanya,penglihatannya dan pemikirannya.Ketika habis UPSR aku bercadang utk menyambung pelajaran Menengah ku di SMK Tinggi Klang.


*Zaman Menengah Di Bangunan Hijau Kuning

Ketika masuk utk mendaftar,aku merasakan sekolah Hijau Kuning ini serasi utk aku yg mempunyai sifat pemalu terhadap perempuan.Meneruskan langkahku utk meneroka Bangunan Tinggalan Perang ini.Langkah ku berterusan Ke Dewan sekolah itu yg Di namakan Dewan Putera,Majlis Suai Kenal agaknya di lakukan utk Kami semua yg masih mentah di sini.Orang pertama yg Ku Cari,Nabil.. rakan ketika di sekolah rendah dan merupakan Sahabat Karibku.Ketika sedang berjalan-jalan di dewan,Tetiba aku mendengar pekikkan dari Belakang *Ras!!!!! Dalam hati kecilku berkata,Siapa pula yg tak kenal aku lalu jerit-jerit Nama Mahal tu pula.Aku menoleh,Lahai..Nabil rupanya,Hatiku sekali lagi berkata,Aku terus menggerakkan Kaki ku ini utk pergi kepadanya..Nabil,,Kau dah lama sampai??Dia berkata..Aku Masuk Asrama lah Aras.. Owh yeke..Percakapanku menoleh Rakan-Rakan Nabil yg di sebelahnya..Ramai juga Kawan Budak nieh..Aku hanya berkata dalam Hati.Hari demi hari aku meneruskan pelajaran di situ semakin Ramai rakan baru yg aku dapat seperti Farhan Kamaruddin@Suparman jika di twitter,Farouk,dan ramai lagi..Aku meneruskan Kehidupan Di Sekolah Keris Silang itu Sehingga Habis Tahun 2010.

*Tahun seterusnya 2011 Bersama Guru Kelas aku Bernama Cikgu Azura

Assalamualaikum Cikgu Azura .. suara ketua kelas mencelah suasana yg bising itu kerana Antara Kami ramai Yg sudah semakin rapat.Meneruskan Hari-Hari persekolahan dengan Mulut celupar Azura seperti Mulut Murai,Percakapan yg Hebat seperti Api,Racun dan sebagainya..Namun Kami tabah meneruskan Pelajaran bersamanya dan mata pelajaran Sejarah ketika itu mata pelajaran yg aku paling benci kerana Azura,Dia,.....memang Celupar dan ibarat Longkang Busuk.Tapi mahu tidak mahu.,belajar sajalah.. Diam ketika mata pelajaran Sejarah..Meneruskan Kehidupan di Hijau Kuning dan ketika menghampiri tahun akhir,aku menjadi rapat dengan Iskandar,Shauki,Harith Shukrie@Pedo dan ramai lagi .. mereka memang masuk air dan ketika itu aku sudah berjinak-jinak dengan Dunia muzik underground ajaran Alif Haikal,Farouk yg Masih lagi yg Dulu.Bersatu Hati ingin mencuba di bidang Muzik.

*2011 November & Disember Yang Amat Bererti

Ketika ini aku belajar mengenali dunia luar bersama Pedo,Iskandar,Shauki,Alif,Farouk dan ramai lagi.Mengenal Dunia luar tentang Hangout,Jamming dan sebagainya.Belajar tentang Guitar,Hentak drum,Tarik Bass,Skinny Jeans,Vans, dan semua di Ketika ini aku mengenalinya.Persahabatan antara kami semakin rapat dan susah utk di pisahkan.

*2012 Peperiksaan Penting dan Erti Persahabatan dan Perubahan

Bangun pagi gosok Gigi Pakai Baju Sekolah  Naik Motor Turun Motor Ambil Bas Tertidur Dalam Bas Turun Bas dan sampailah aku ke Sekolah Keris Silang itu.Perhimpunan tiap pagi yg amat mengjengkelkan,Ceramah tentang PMR sana sini yg semakin Hari semakin sama.Ketika Bulan berapa aku tak ingat,Band aku bersama,Farouk,Alif Haikal,Iskandar mendapat peluang utk membuat Gig di Pandan Indah atau Pandan Jaya tak silap Aku.Di situ kami mulai bersemangat memperjuangkan muzik kami.Hahaha,puas Headbanging,Moshing dan berbagai lagi.Ketika itu kami dapat rasakan Darah Remaja kami mulai Naik.Semangat Bai bak Kata Iskandar Drummer Kami.Seronok ingat zaman itu.Sebelum pergi ke Gig itu aku telah Baru sahaja Mengenali Arep Ucop,kini rakan Baik ku selaku Crew Jebat Derhaka..Ada masa nanti,aku bercerita tentang Jebat Derhaka Crew.Berbalik dengan itu,aku mengenali Arep melalui Ketika aku ingin menggunakan Beg Guitar..Aku ingin meminjamnya tetapi Rupanya di hanya ada Guitar tetapi tidak utk Beg tersebut.Sejak itu aku mulai rapat tapi Bukan GAY ok .. hahaha .. and now Dia adalah Sahabatku susah senang.Begitu juga Shafiq,aku mengenalinya melalui Arep,Shafiq always ada utk rakanya tetapi kadang kala Sifat Sakainya yg aku tak tahan.PMR semakin dekat dan aku rasa makin Gentar kadang kala..Aku tidak ambil kelas Tuisyen mahupun Tambahan.. Hanya kelas-kelas di sekolah menjadi Harapn aku utk mendapatkan Extra Pelajaran.Hari-demi Hari PMR menghampiri Kami.

*PMR now Kami semua bersama Awak

PMR .. malas nak dengar perkataan itu.. tetapi kami semua perlu menghadapinya.. Hari yg Di Benci pun  tiba. Kertas Pertama BM..agak selesa ketika itu..Seperti biasa terus menghadapi PMR dengan Tenang dan Jayanya,.Kertas yg Dinantikan Oleh Budak RK1 dan RK2 .. Mathematic .. Jyeah!! Hahaha ..Paper 1 ,,terus terang mengatakan Macam **** Paper 2 kami senyum.Boleh di jawablah tu tandanya.Dan tibalah Paper terakhir,Kemahiran Hidup..Memori ini sangat aku suka kerana di akhir-akhir masa aku menjawab Paper ini..Phone Ku Vibrate di poket..Hahaha..takut kantoi dengan pengawas peperiksaan.Aku diamkan.Selesai menjawab,aku terus keluar Bilik Peperiksaan dan check,siapalah yg Call time ngah exam tadi..Tup Tup,Mak aku,Aku call Mak aku kembali,Lahai... Rupanya suruh ambil motor di bengkel je rupanya..Hahaha,Wat takut je.

*Bye PMR Kami akan rindukan itu semua

Selesai menjawab,Aku berjumpa rakan-rakanku Arep,Shafiq,Pedo,Shauki dan yg Lain-lain..Macam mana ?? Kita dah Free kan?? Hahaha... masing-masing gelak besar.. selepas habis PMR aku tidak langsung menjejakkan kaki di bangunan Hijau kuning tetapi aku mulai berjinak-jinak dengan Rugby,,Setiap hari destinasi aku hanyalah padang sekolah kerana training Rugby..Kemudian setelah berhari-hari train,Kami perlu menghadapi Pra Mssd di sekolah SKI dan nasib kami baik,Keris Silang mendapat nombor 3 utk pemain Bawah 15 tahun.Kini segalanya telah berakhir..Tinggal menunggu Keputusan PMR.



                  Alangkah indahnya dunia jika kita semua tak akan membesar :D #Hujan - Muda


Kini aku banyak pelajari bahawa Entry ini sebenarnya mengingatkan aku kepada semua memori ketika bersekolah,menghadapi masalah dan sebagainya.InsyaAllah jika kita berusaha kita pasti berjaya kerana tiada kejayaan tanpa usaha.Kita boleh membezakan ketika Di zaman Rendah dan menengah memang lain situasinya.Masa tidak boleh di putarkan kerana masa terus mengejar kita yg semakin meningkat dewasa ini.InsyaAllah jika aku berkesempatan aku akan menulis Entry Jebat Derhaka Crew.


*Aku ingin meminta maaf jika ada kekurangan di Entry ini kerana sedang kelam kabut dengan TL yg sentiasa penuh.. :)




Friday, 23 November 2012

Melihat Ciptaan Allah SWT

Alhamdulillah ketika aku sedang menulis Entry yg ketiga ini aku masih di beri Nafas oleh Allah SWT utk meneruskan hidup yang sememangnya kita semua sebagai manusia inginkan.Ketika ini juga aku mendengar turunnya Rahmat pada pagi ini tapi hampir mulai reda.Aku merasa Bersyukur kerana Di lahirkan sempurna tiada Cacat celanya walaupun kita selalu berkata tiada Manusia yg Sempurna tetapi aku merasa cukuplah dengan sebegini aku sudah merasa cukup sempurna.Alhamdulillah aku di lahirkan dengan Anggota badan yang sempurna,Aku percaya bahawa kebanyakan dari kita di lahirkan dalam keadaan sempurna dan tiada cacat celanya Anggota Badan Kita.




Berkata pasal Kesempurnaan,Aku berfikir sejenak adakah mereka yg buta itu dapat melihat keindahan Dunia yg telah Allah Ciptakan ini.Aku merasa serba salah kerana aku di sini puas menikmati Keindahan Allah tetapi mereka tidak dapat melihat Keindahan Pokok,Daun berterbangan,Pelangi dan sebagainya iaitu Ciptaan Allah SWT yg terlalu Indah buat Kita.Aku pasti mereka yg Cacat penglihatannya pasti dapat merasai Ciptaan ini dengan mata hati mereka iaitu Pancaindera Selain Mata.Mata hati lebih tajam penglihatannya kerana Menurut pepatah ' Biar Buta Mata jgn Buta Hati '. Ini menunjukkan bahawa Mata hati lagi Hebat kuasanya.




Berfikir pula pada mereka yg Pekak mahupun Bisu,mereka dapat melihat dengan jelas Ciptaan yg Indah ini tetapi pada mereka,mereka tidak dapat mendengar Kurniaan Allah seperti Bunyi Kicauan Burung yg selalu mencelah di kala sunyi,Kokokkan ayam-ayam di pagi Hari,Bunyi Ombak di tepi Pantai dan sebagainya.Mungkin mereka sedikit bertuah kerana dapat juga melihat Ciptaan ini semua walaupun tanpa mendengar bunyi-bunyian Ciptaan Allah SWT yang Maha Berkuasa Ini.




Berkata tentang Ciptaan Tuhan,Aku selalu terfikir sampai bila aku dapat melihat burung beterbangan,Tumbuhan hijau yang kini telah banyak di musnahkan akibat kerakussan sifat sessetengah Manusia.Pelbagai Ciptaan yang indah ini adakah ia masih wujud ketika Aku menghembuskan Nafasku yang terakhir nanti.Persoalan itu tidak mampu utk aku menjawab tetapi sebaliknya terus memikirkannya.Ketika Entry ini di tulis Hujan masih lagi renyai-renyai dan belum lagi reda dan membuatkan kebanyakan dari Kita berasa ingin tidur semula kerana Kedinginnan pada Pagi Ini.





Aku terus melihat luar tingkap utk melihat Rahmat itu Turun dan ketika mataku liar memerhatikan suasana itu,Aku terlihat sebuah pokok yang mungkin sudah atau Hampir mati di mamah usia yang kelak kita semua menjadi sepertinya yang akan meninggalkan dunia yg hanya Pinjaman seketika Ini.Terdengar Kokokkan ayam di pagi-pagi yang Hening ini.Aku berasa takut kalau-kalau ini Hari terakhir aku menikmati semua ini kerana Ketika kita meninggalkan dunia nanti segala amalan kita yg perlu di bawa.





  = Ketika kesunyian menulis Entry ini,Aku banyak mendengar lagu ini yang terlalu Naif dan Puitis Liriknya.Semoga kita semua sentiasa di beri Nafas utk meneruskan kehidupan yang terlalu indah dan Sempurna ini.InsyaAllah.

Berubah Sebaik Yang Boleh

Kita semua tidak boleh lari dari Kekecewaan dalam hidup kerana itu adalahh sebahagiaan dari hidup kita.Kita di ajar supaya menghargai apa yang kita ada dan bersyukur dengan semua benda yang berada di sekeliling kita.Kita sebagai manusia yang naif dan sering lalai dari tanggungjawab asal kita sebagai manusia kerana kadang kala kita lalai akan perkara-perkara yang ada di Dunia ini.Kita semua sebagai manusia mesti inginkan perubahan ke arah kebaikan kerana Dunia kini semakin hari semakin Tua dan Kiamat mungkin menghampiri Kita dan tiada siapa yang tahu bila berlakunya Hari Pembalasan itu.




Kita sebagai manusia hanya berhak tahu yang Kiamat itu berlaku pada Hari Jumaat,,kenapa Jumaat?Kita mungkin tertanya-tanya tetapi itulah yang kita ketahui dari kecil sehingga Kini.Mungkin kadang kala ada di antara kita yg berkata *Kita Muda Lagilah,Kita Perlu Enjoy... Mungkin tak salah utk kita Enjoy kerana tiada sesiapa yang tidak terlepas dari melakukan perkara yang sia-sia tetapi Kita perlu ingat bahawa semakin Hari berlalu,umur kita juga sering meningkat.Semakin banyak perkara yang Kita tempuhi.Mungkin kita masih muda tetapi setakat ini pelbagai masalah yg perlu kita tempuhi utk meneruskan Hidup yg nyata ini.




Harap kita semua sentiasa dapat berubah ke arah kebaikan sedikit demi sedikit dan berharap adanya sinar Hidayah Allah utk Kita sebagai Hambanya yg Kerdil lagi Jahil ini.Kita semua mahukan Kebahagiaan Dunia dan Akhirat.Kita tak mahukan Neraka yg panas itu tetapi kita semua mahukan Syurga yg Indah dan terlalu Indah utk kita.Malam ini ketika aku sedang menulis aku terdengar bunyi Burung yg berkicauan mencelah kesepian Malam.Aku terfikir sampai bila aku akan terus mendengar,melihat kurniaan dan Ciptaan Allah SWT yg sememangnya Indah-Indah belaka dan Tiada Cacat Celanya.




Alhamdulillah Bersyukur terhadapmu Ya Allah yg Telah kurniakan Segala kebaikan terhadapku iaitu Hambamu ini yang Kerdil,Jahil,Naif dan Hina Ini.Semoga kau berikan aku Nafas lagi utk ku meneruskan Hidup Ini InsyaAllah.

Mencuba Sesuatu Yang Baru

Assalamualaikum Permualaan Sesuatu Perkara

Ini percubaan pertamaku utk meluahkan berbagai perkara dan karya ini mungkin tak setanding Karya mereka yg lebih Hebat kerana aku masih baru utk melakukan perkara-perkara ini.Malam ni 23/11/2012 adalah malam yg di tunggu-tunggu oleh kebanyakan pemuzik kerana Malam ini kat 8TV ada #ShoutAward12 yg sememangnya di nantikan oleh semua pemuzik di asia .. Cerita pasal muzik sebenarnya aku juga mungkin berdarah Muzik kerana aku dan muzik begitu rapat,selain itu aku juga boleh bermain alatan muzik seperti Guitar,Dram,Bass dan mungkin sekarang aku sedang belajar utk bermain Keyboard dan mungkin aku akan bermain Synthesizers tak lama lagi yg menjadi Impian aku.


Cukuplah dengan itu,dulu aku bersama Crew aku kadang kala pernah di jemput utk menghadiri Gig kalau korang tahu.Aku dan Crew bermain muzik di atas pentas bersama Barisan Pemuzik Underground seperti Second Combat dan ramai lagi.Mungkin malu mungkin Bangga utk bersama-sama mereka memperjuangkan seni Underground yg tidak ramai di ketahui umum.Mereka sangat Hebat bagiku walaupun Underground mereka tetap bersemangat memperjuangkan Seni mereka yang asli dan tidak sama sekali mengambil dari mana-mana Komposer terkenal.


Kini Kami telah berpecah kerana ingin menjalankan hidup masing-masing dengan lebih sempurna dan di samping itu Aku bangga kerana Vokalis Kami *Farouk atau ketika dulu di kenali sebagai Ash kini sudah mendapat hidayah dan kini lebih mengenali Islam sememangnya Agama Kami.Kadang kala Rindu Zaman utk Gig bersama mereka atau kadang kala kami menghabiskan seharian masa dengan Jamming berdekatan sekolah kami.Mereka masih sering lagi Aktif dan kadang kala aku bertukar-tukar alat utk merasa semua di dalam bilik Jamming itu.




Kini Kami masih lagi Kawan yg Takkan Pernah Berpisah kerana Minat kami adalah Satu iaitu Muzik :)