Khamis-
Kenapa kita sering berdepan dengan dosa,adakah setiap manusia di dunia ini di takdirkan begitu.Kadang kala aku berfikir sejauh mana dan sebesar mana dosaku terhadapNya.Allah yang Maha Esa lagi Maha Agung.Islam itu Indah,mudah tetapi kita sering melanggar perintahNya.Solat yang wajib dilakukan lima waktu juga kadangkala kita sengaja melewat-lewatkan sehingga kadangkala terus alpa untuk melakukannya.Manusia,sebahagiaanya memang begitu,mudah lupa kepada penciptaNya,ingat ketika susah tetapi alpa bila di beri kesenangan.Melihatkan senario dunia,adakalanya Islam hanya pada nama tetapi sebaliknya sifat dan segala perbuatannya melangkaui batas pemikirannya waras.
Adakah aku cukup matang untuk bercakap tentang perkara sedemikian,Aku sedar betapa Hinanya aku dulu di mata Allah SWT.Sering bergelumang dengan perkara sia-sia.Waktu dulu ibarat perkara biasa.Tiada apa yang perlu di kejarkan dan di kotak mindaku hanya ada perasaan ingin bebas tanpa adanya batasan.Apa yang aku lakukan kadangkala memang menjengkelkan kedua ibu bapaku.Berjinak-jinak dengan perkara tak sepatutnya dan akhirnya hanya penyesalan pada pemikiranku.Dunia dulu hanya bertemankan pelbagai muzik-muzik dari barat yg membuatkan aku sering lalai tanggungjawab asal aku.Memikirkan dulu,kata kawan lebih aku turuti dari nasihat keluarga.Apakah sifat aku yang dulu,kenapa aku sangat Jahil,terlalu alpa dengan dunia tanpa memikirkan Akhirat,kematian yg bakal menjemputku kelak hari nanti.Terlalu terpengaruh dengan budaya barat sehinggakan aku pernah terfikir untuk bertindik.Walaupun sedang Azan berkumandang,kadang kala Earphone di telingga ku ini masih tersumbat dari mendengar laungan Azan yg indah itu.
Astaghfirullah
Jahilnya aku dulu,sampai terfikir untuk melakukan perkara-perkara sedemikian yang melanggar perintah Allah SWT.Islam itu Indah,mudah tetapi kadang kala kita sebagai penganutnya berasa susah,tidak bebas.Alhamdulillah dulu Allah SWT masih memelihara aku dari melakukan perbuatan terlarang.Alhamdulillah aku tidak bertindik,mengambil arak,bermain judi.
To Friends :-
Hope korang tak jadi macam aku yang sangat Jahil ketika dulu.Terlalu mengagung-agungkan budaya barat sehingga lalai tenggungjawab sebagai seorang Islam.Aku harap korang tak mencuba untuk Arak dan Judi,buruk padahnya kerana membawa kepada pelbagai keburukkan rohani dan jasmani.Mungkin ketika dulu saya jahil tetapi Alhamdulillah setiap orang di beri peluang untuk berubah sedikit demi sedikit ke arah kebaikan.In Shaa Allah.
#Cintaku Seluas Angkasa kepadaMu Ya Allah
Alhamdulilah
Setiap orang di beri peluang untuk berubah kerana Allah SWT itu maha Pemurah lagi maha Adil,Dia tidak pernah menutup pintu taubatNya kecuali pada hari kiamat iaitu hari pembalasan kelak.Sememangnya Islam itu Indah lagi suci dan Mulia.Kita harus bersyukur dan sentiasa berdoa kepadaNya dan mengingatNya tak kira masa mahupun susah senang kerana Allah SWT sentiasa bersama kita.
In Shaa Allah
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment