Kehidupan sementara di dalam kandungan seorang insan bernama Ibu,lalu setelah sampai masa di tetapkan ia keluar setelah di tiupkan roh maka lahirlah kita iaitu Manusia berketurunan Adam ini.Setelah keluar dari kandungan tersebut,kita menangis datang ke dunia nyata ini tetapi sebenarnya hanya pinjaman seketika dan sementara.Insan bernama Ibu itu ibarat bertarung dengan Nyawanya sendiri ketika melahirkan kita yang ketika itu hanya sekecil tapak tangan.
Adakalanya jika ajal Insan yang bernama Ibu itu sudah sampai,Dia pergi tanpa kembali ketika melahirkan ketika,setelah itu kita pula di Azankan oleh Insan kedua bernama Bapa,air matanya berlinangan ketika menyambut kita dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.Setelah itu,Kita di besarkan dengan kesempurnaan ibarat menatang minyak yang penuh.Kita ketika itu,hanyalah sekadar Kain putih kosong dan IbuBapa kita yang bertanggungjawab mencorakkan kita,sama ada indah coraknya,atau buruk coraknya itu adalah daripada kedua ibu bapa kita.Kedua Insan itu menyayangi kita lebih dari nyawanya sendiri,kebanyakannya di jaga dengan penuh kasih sayang,di ajar tentang adab sopan,ahklak,ilmu agama dan berbagai lagi perkara yang baik serta indah.Pemikiran kita ketika itu sangat suci dan jauh dari pelbagai perkara jahil serta melalaikan.
Tapi sedarkah kita sekarang atas pengorbanan Kedua Insan ini ketika bersusah payah menjaga,membesarkan kita ketika kecil dahulu.Adakah kita sedar selama ini kita menghormati kedua Insan tersebut,adakah kita faham apa yang mereka mahukan dari kita.Kedua Insan ini hanya mahu melihat kita berjaya dalam kehidupan.Mahu melihat kesemua anaknya berjaya dan tidak tersalah memilih landasan Hidup.Tiada Ibu bapa yang mahu melihat anaknya rosak,terlibat dengan perkara sia-sia.Walaupun mungkin Pada masa dulu salah satu dari kedua Insan tersebut mencari rezeki dengan pelbagai cara demi mencari sesuap nasi untuk dirinya dan untuk menanggung keluarganya.
Tidak pernah mengenal erti penat dan lelah ketika mencari nafkah untuk tanggungngannya,dan apa yang kita tahu hanya mampu meminta tanpa memikirkan adakah kedua insan itu cukup untuk membelikan kita apa yang di ingini,mereka pasti mahu melihat anak mereka gembira dan tanpa sedikit pun tidak langsung mahu mengecewakan anak-anak mereka.Kadangkala mereka menangis sendiri jika tidak mampu memberikan kemahuan anak-anak mereka.
#Kedua Ibu Bapaku - Kaulah Ilhamku
Ketika menulis entry ini,aku juga sedar,adakah aku ini anak yang baik,anak yang taat segala perintahnya,adakah aku pernah mengecewakan mereka,pastinya aku pernah mengecewakan mereka dengan pelbagai cara dan tingkah lakuku yang mungkin kadang kalau menjengkelkan,tapi satu perkara aku mahu ingatkan,Hargailah Kedua Insan ini ketika masih hayat di kandung badan,jangan menyesal jika mereka terus pergi meninggalkan kita tanpa kembali.Ketika itu,pastinya yang ada hanya sesalan tanpa Noktah.
No comments:
Post a Comment