Sunday, 16 December 2012

Layang-Layang Tanpa Tali

Sejak kecil lagi Aku mula mencari Ilmu bermula dari 6 Tahun Ke Tadika dan bermula umur 7 Tahun bersekolah rendah dan 13 hingga kini 15 Tahun bersekolah Peringkat Menengah aku tidak mempunyai Cita-cita.Apa itu Cita-cita?Pekerjaan yang kita mahukan..Perkara yang membuatkan kita semangat untuk belajar?Kadang-kala aku sendiri kurang faham tentang Cita-cita,rakan-rakanku pernah bertanya kepada aku apa matlamat atau Cita-cita aku selama ini.Dengan muka yg tenang aku menjawab ' Apa yang aku buat pada esok besar nanti ,, itulah Cita-cita aku '.Lantas kawan aku memintas percakapan aku dengan nada yg agak tinggi ' Bodoh .. ' Aku bertanya kepadanya kenapa pula?Dia muka yang agak semangat seperti ingin bermotivasi menjawab soalan aku tadi ' Kau sekolah pandai-pandai selama ini kau tak pernah ada Cita-cita??Pekerjaan dengan Cita-cita lainlah .. Cita-cita adalah perkara yang kau impikan ketika kau dah besar nanti,Pekerjaan pulak apa yang kau usahakan ketika dah besar nanti...


Aku terdiam mendengar,mungkin itulah maksud Cita-cita yg kadang kala bermain di kotak mindaku.Adakah aku tersilap selama ini belajar tanpa ada Matlamat ketika dewasa kelak,Aku berdiam diri meninggalkan rakanku yang sedang mengocek Poketnya mencari lighter utk membakar sebatang rokok Winston merahnya.Peristiwa itu kadangkala membuatkan aku terfikir apa Cita-cita aku yang sebenarnya,sedangkan kalau aku bertanya kepada mereka-mereka yang mengemis jika mampu,mereka pasti ingin mencapai Cita-cita mereka tetapi kenapa tidak aku yang mampu ini,mengapa aku tiada matlamat atau Cita-cita?Sedang memikirkannya,aku tersenyum sinis aku memerhatikan gelagat seorang lelaki yang mungkin mengakui dirinya buta,meminta-minta seperti pengemis,aku terus memerhatikan gelagat pemuda itu dari jauh,ketika berjalan tongkatnya di halakan ke tanah untuk merasa tempat di mana ia berpijak,ketika sampai di suatu tempat,dia mahu meneruskan perjalanannya tetapi di depannya terdapat sebuah longkang yang agak besar,gelagatnya yang seterusnya dia memandang kiri dan kanannya tanpa sedar aku sedang memerhatikannya,dia melompat dengan sempurna seperti manusia biasa yang luas pemandangannya lalu meneruskan perjalanannya sebagai si buta yang mengemis.Dulu aku pernah dengar tentang kisah sebegini tapi sekarang aku yang melihatnya sendiri.


Terlena melihat pemuda itu,Bas Klang ke Meru sudah sampai,aku terus menuju ke arah bas tersebut dan menaikinya,Dalam hatiku berkata mungkin Cita-cita bagi Pemuda tadi hanya ingin bersenang lenang meminta dari berusaha dan bermula pada detik ini aku perlu dan patut menetapkan apa matlamat hidup aku.Aku sedar selama ini aku Hanyalah Sebuah Layang-Layang Tanpa Tanpa Tali.





                 #Bertemankan Lagu Free Bird yang di nyanyikan Oleh Lynyrd Skynyrd
                             


Kini aku sedar bahawa kita hidup di dunia ini haruslah mempunyai matlamat agar tidak tersesat di tengah    jalan kelak.Kadang kala manusia pula suka mempunyai matlamat tapi tidak pernah berusaha untuk mencapai apa yang mereka mahukan.Untuk berjaya dalam hidup kita mestilah sentiasa berusaha dan di selangi dengan doa-doa tanpa henti.In Shaa Allah kita mencapai apa yang kita mahukan.



No comments:

Post a Comment