Monday, 8 April 2013

Not alone but empty

Do not wait but sometimes expect something bright

Selalu bermain di kotak fikiranku yang menyepi..Kadangkala kita rindukan sesuatu yang pernah membuat kita tersenyum di sebalik semua keadaan yang tegang,sedang merehatkan tubuh yang seharian bertungkus-lumus utk memastikan segala prestasi yang baik,otak pula memikirkan masa depan yang sentiasa menunggu kita di hadapan sana.Kita harapkan cerah yang datang tetapi kita tidak mengetahui kerana kita cuma merancang dan Allah SWT yang menentukan.


Orang kata hidup ini singkat dan kita perlu mengumpul semua amal agar cukup di sana,teringat sebuah potongan ayat ketika membaca.Ketika kita lahir orang di sekeliling kita akan senyum tanda gembira dan ketika kita pergi meninggalkan dunia,orang di sekeliling kita akan menangis tanda sedih tetapi jasad tanpa roh itu tersenyum tetapi sedih utk meninggalkan orang yang tersayang.


Masa kita Allah yang tentukan dan telah di tetapkan kerana Dia yang berkuasa atas segalanya.Kita yang hidup hanya terus memikirkan adakah sedang kita bergelak ketawa,bergembira pada masa itu juga Allah akan menarik nyawa dari jasad ini.Malaikat Maut pula sentiasa menunggu dan menjenguk kita sebagai Hamba Allah.


I do not think I'm good and I was feeling bad, but I'm not entirely because no one remember death is certainly the truth and it will come later in the day

Assalamualaikum

                                               "Leave Out All The Rest"

I dreamed I was missing
You were so scared
But no one would listen
'Cause no one else cared

After my dreaming
I woke with this fear
What am I leaving
When I'm done here?

So if you're asking me
I want you to know

[Chorus]
When my time comes
Forget the wrong that I've done
Help me leave behind some
Reasons to be missed
And don't resent me
And when you're feeling empty
Keep me in your memory
Leave out all the rest
Leave out all the rest

Don't be afraid
I've taken my beating
I've shared what I've made
I'm strong on the surface
Not all the way through
I've never been perfect
But neither have you

So if you're asking me
I want you to know

[Chorus]
When my time comes
Forget the wrong that I've done
Help me leave behind some
Reasons to be missed
Don't resent me
And when you're feeling empty
Keep me in your memory
Leave out all the rest
Leave out all the rest

Forgetting all the hurt inside
You've learned to hide so well
Pretending someone else can come
And save me from myself
I can't be who you are

[Chorus]
When my time comes
Forget the wrong that I've done
Help me leave behind some
Reasons to be missed
Don't resent me
And when you're feeling empty
Keep me in your memory
Leave out all the rest
Leave out all the rest

Forgetting all the hurt inside
You've learned to hide so well
Pretending someone else can come
And save me from myself
I can't be who you are
I can't be who you are

Thursday, 14 March 2013

Seloka Kosong

Lama tak menulis kaku rasanya .. Tiada apa yang hendak di seloka seperti dulu cuma hanya berkongsi sebuah pengalaman hidup : Adakah mereka yang kaya boleh senang menindas orang yg kurang berada dan orang yang kurang berada perlu menyembah mereka :

Sampai bila begini dan terus berlaku,,aku selalu berjumpa dengan senario sedemikian.Adakah jika kita kaya kita boleh menindas,meracuni pemikiran orang yang tidak bersalah supaya membenci apa yang dia benci.Tak kira di mana tempat,senario ini kadang kala masih berlaku.Terus terhenti di situ.



Wednesday, 6 February 2013

Hope That The Sky's Bright

*Assalamualaikum

Kaifahaluk : Ana Bikhoir
How are you : Im Fine
Apa khabar : Saya Sihat

Lama tak menulis nak menaip kerana kesibukkan pada awal alam persekolahan ini,maklumlah aku pun Alhamdulillah dah semakin dewasa mungkin,Hahahaha.Tiada masa untuk menghadap dan menulis satu hari seperti dulu.Tiada apa yang istimewa tetapi hanya mahu berkongsi sebuah cerita biasa selama 1 Jam.

Putus cinta,kecewa dlm kehidupan,kehilangan orang tersayang,di tikam rakan sendiri itu adalah antara perkara buruk yg pernah aku hadapi walaupun tidak kesemuanya aku pernah hadapi tapi aku tetap tempuh menghadapi semua itu kerana ianya boleh di jadikan sebagai pengalaman lepas.

Walaupun langit tidak selalu menang tetapi ianya tetap cerah menerangi waktu siang kita meskipun ada di antara kita yg mengeluh tetapi ianya membawa seribu makna dan kebaikan.Putus Cinta,kebanyakkan darinya pasti bersedih jika baru lepas mengalaminya kecuali mereka yang Cintanya sudah tidak mahal lagi,cinta yg mudah jatuh tetapi mudah juga utk pergi.Tipulah kalau mengatakan kalau lepas putus cinta tergelak tertawa pastinya mesti ada sedikit perasaan sedih atau kecewa.Selepas berjaya mengubati kesakitan akibat Cinta pastinya ada yg mula menjauhkan diri dari perkara sedemikian kerana pastinya tiada siapa yg mahu peristiwa pahit berulang dan terus menusuk lagi.

#Crush Oh Crush

Pastinya ramai yg pernah dengar perkataan #Crush.Crush??Hahaha.Kadangkala ia membuatkan kita bersemangat semula seperti tiada apa-apa yg pernah berlaku.Ia membuatkan kita gembira,bersemangat utk teruskan hidup seperti biasa dengan kuasa tambahan tanpa kita sedari bahawa itulah kuasa Crush.Bunyi mcm pelik tetapi ia pernah terjadi pada diriku sendiri.Memang hebat crush ni walaupun kita tidak pernah memberitahu tentang perasaan kita yg telah jatuh padanya tetapi perasaannya seperti orang yg sedang hanyut di buai alam percintaan,fuh,Hebat sangat ke?Mungkin juga benar mungkin juga hanya dongengan Sang Pujangga yg hanya pandai bermain kata tanpa ada usahanya ibarat hanya menanam tebu di bibir.

Crush boleh buat kita gila,happy,sedih,cemburu tetapi semuanya mungkin nyata apabila kita sudah memberitahu yg kita sudah jatuh hati padanya.Tetapi mungkin Crush itu sendiri boleh menerima atau pun tidak akan perasaan kita kerana cinta itu tidak boleh di paksa kerana cinta itu datang dari hati jika mahukan yang ikhlas,bukan yang jatuh kerana kerana rupa semata-mata,tidak memikirkan hati budi,berkelana tidak sampai seminggu sudah membuat hubungan.Alahai,murah sangat cinta mereka.





Menunggu sampai akhir jika mampu #
Mengharap sinar kebahagiaan.

Menunggumu ..
Setiap waktu tanpa rasa jemu
Berbicara tentangmu tanpa mengendahkan kata orang lain
Malam siang perasaannya sama tanpa perkara lain
Adakah aku sudah terbuai dalam irama Indah

Hadirnya seketika tidak di undang tetapi
Terus menusuk hati yang masih sakit dan
Terus berdiam diri menunggu.



Monday, 31 December 2012

Kain Putih dengan Coraknya

Assalamualaikum & Selamat Malam

Kehidupan sementara di dalam kandungan seorang insan bernama Ibu,lalu setelah sampai masa di tetapkan ia keluar setelah di tiupkan roh maka lahirlah kita iaitu Manusia berketurunan Adam ini.Setelah keluar dari kandungan tersebut,kita menangis datang ke dunia nyata ini tetapi sebenarnya hanya pinjaman seketika dan sementara.Insan bernama Ibu itu ibarat bertarung dengan Nyawanya sendiri ketika melahirkan kita yang ketika itu hanya sekecil tapak tangan.


Adakalanya jika ajal Insan yang bernama Ibu itu sudah sampai,Dia pergi tanpa kembali ketika melahirkan ketika,setelah itu kita pula di Azankan oleh Insan kedua bernama Bapa,air matanya berlinangan ketika menyambut kita dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.Setelah itu,Kita di besarkan dengan kesempurnaan ibarat menatang minyak yang penuh.Kita ketika itu,hanyalah sekadar Kain putih kosong dan IbuBapa kita yang bertanggungjawab mencorakkan kita,sama ada indah coraknya,atau buruk coraknya itu adalah daripada kedua ibu bapa kita.Kedua Insan itu menyayangi kita lebih dari nyawanya sendiri,kebanyakannya di jaga dengan penuh kasih sayang,di ajar tentang adab sopan,ahklak,ilmu agama dan berbagai lagi perkara yang baik serta indah.Pemikiran kita ketika itu sangat suci dan jauh dari pelbagai perkara jahil serta melalaikan.


Tapi sedarkah kita sekarang atas pengorbanan Kedua Insan ini ketika bersusah payah menjaga,membesarkan kita ketika kecil dahulu.Adakah kita sedar selama ini kita menghormati kedua Insan tersebut,adakah kita faham apa yang mereka mahukan dari kita.Kedua Insan ini hanya mahu melihat kita berjaya dalam kehidupan.Mahu melihat kesemua anaknya berjaya dan tidak tersalah memilih landasan Hidup.Tiada Ibu bapa yang  mahu melihat anaknya rosak,terlibat dengan perkara sia-sia.Walaupun mungkin Pada masa dulu salah satu dari kedua Insan tersebut mencari rezeki dengan pelbagai cara demi mencari sesuap nasi untuk dirinya dan untuk menanggung keluarganya.


Tidak pernah mengenal erti penat dan lelah ketika mencari nafkah untuk tanggungngannya,dan apa yang kita tahu hanya mampu meminta tanpa memikirkan adakah kedua insan itu cukup untuk membelikan kita apa yang di ingini,mereka pasti mahu melihat anak mereka gembira dan tanpa sedikit pun tidak langsung mahu mengecewakan anak-anak mereka.Kadangkala mereka menangis sendiri jika tidak mampu memberikan kemahuan anak-anak mereka.






                                                    #Kedua Ibu Bapaku - Kaulah Ilhamku


Ketika menulis entry ini,aku juga sedar,adakah aku ini anak yang baik,anak yang taat segala perintahnya,adakah aku pernah mengecewakan mereka,pastinya aku pernah mengecewakan mereka dengan pelbagai cara dan tingkah lakuku yang mungkin kadang kalau menjengkelkan,tapi satu perkara aku mahu ingatkan,Hargailah Kedua Insan ini ketika masih hayat di kandung badan,jangan menyesal jika mereka terus pergi meninggalkan kita tanpa kembali.Ketika itu,pastinya yang ada hanya sesalan tanpa Noktah.

Thursday, 27 December 2012

Sekedar Cebisan Sang Pendosa

27/12/1012
Khamis-

Kenapa kita sering berdepan dengan dosa,adakah setiap manusia di dunia ini di takdirkan begitu.Kadang kala aku berfikir sejauh mana dan sebesar mana dosaku terhadapNya.Allah yang Maha Esa lagi Maha Agung.Islam itu Indah,mudah tetapi kita sering melanggar perintahNya.Solat yang wajib dilakukan lima waktu juga kadangkala kita sengaja melewat-lewatkan sehingga kadangkala terus alpa untuk melakukannya.Manusia,sebahagiaanya memang begitu,mudah lupa kepada penciptaNya,ingat ketika susah tetapi alpa bila di beri kesenangan.Melihatkan senario dunia,adakalanya Islam hanya pada nama tetapi sebaliknya sifat dan segala perbuatannya melangkaui batas pemikirannya waras.

Adakah aku cukup matang untuk bercakap tentang perkara sedemikian,Aku sedar betapa Hinanya aku dulu di mata Allah SWT.Sering bergelumang dengan perkara sia-sia.Waktu dulu ibarat perkara biasa.Tiada apa yang perlu di kejarkan dan di kotak mindaku hanya ada perasaan ingin bebas tanpa adanya batasan.Apa yang aku lakukan kadangkala memang menjengkelkan kedua ibu bapaku.Berjinak-jinak dengan perkara tak sepatutnya dan akhirnya hanya penyesalan pada pemikiranku.Dunia dulu hanya bertemankan pelbagai muzik-muzik dari barat yg membuatkan aku sering lalai tanggungjawab asal aku.Memikirkan dulu,kata kawan lebih aku turuti dari nasihat keluarga.Apakah sifat aku yang dulu,kenapa aku sangat Jahil,terlalu alpa dengan dunia tanpa memikirkan Akhirat,kematian yg bakal menjemputku kelak hari nanti.Terlalu terpengaruh dengan budaya barat sehinggakan aku pernah terfikir untuk bertindik.Walaupun sedang Azan berkumandang,kadang kala Earphone di telingga ku ini masih tersumbat dari mendengar laungan Azan yg indah itu.

Astaghfirullah

Jahilnya aku dulu,sampai terfikir untuk melakukan perkara-perkara sedemikian yang melanggar perintah Allah SWT.Islam itu Indah,mudah tetapi kadang kala kita sebagai penganutnya berasa susah,tidak bebas.Alhamdulillah dulu Allah SWT masih memelihara aku dari melakukan perbuatan terlarang.Alhamdulillah aku tidak bertindik,mengambil arak,bermain judi.

To Friends :-

Hope korang tak jadi macam aku yang sangat Jahil ketika dulu.Terlalu mengagung-agungkan budaya barat sehingga lalai tenggungjawab sebagai seorang Islam.Aku harap korang tak mencuba untuk Arak dan Judi,buruk padahnya kerana membawa kepada pelbagai keburukkan rohani dan jasmani.Mungkin ketika dulu saya jahil tetapi Alhamdulillah setiap orang di beri peluang untuk berubah sedikit demi sedikit ke arah kebaikan.In Shaa Allah.






                                          #Cintaku Seluas Angkasa kepadaMu Ya Allah





Alhamdulilah

Setiap orang di beri peluang untuk berubah kerana Allah SWT itu maha Pemurah lagi maha Adil,Dia tidak pernah menutup pintu taubatNya kecuali pada hari kiamat iaitu hari pembalasan kelak.Sememangnya Islam itu Indah lagi suci dan Mulia.Kita harus bersyukur dan sentiasa berdoa kepadaNya dan mengingatNya tak kira masa mahupun susah senang kerana Allah SWT sentiasa bersama kita.


In Shaa Allah 
Assalamualaikum.



Sunday, 16 December 2012

Layang-Layang Tanpa Tali

Sejak kecil lagi Aku mula mencari Ilmu bermula dari 6 Tahun Ke Tadika dan bermula umur 7 Tahun bersekolah rendah dan 13 hingga kini 15 Tahun bersekolah Peringkat Menengah aku tidak mempunyai Cita-cita.Apa itu Cita-cita?Pekerjaan yang kita mahukan..Perkara yang membuatkan kita semangat untuk belajar?Kadang-kala aku sendiri kurang faham tentang Cita-cita,rakan-rakanku pernah bertanya kepada aku apa matlamat atau Cita-cita aku selama ini.Dengan muka yg tenang aku menjawab ' Apa yang aku buat pada esok besar nanti ,, itulah Cita-cita aku '.Lantas kawan aku memintas percakapan aku dengan nada yg agak tinggi ' Bodoh .. ' Aku bertanya kepadanya kenapa pula?Dia muka yang agak semangat seperti ingin bermotivasi menjawab soalan aku tadi ' Kau sekolah pandai-pandai selama ini kau tak pernah ada Cita-cita??Pekerjaan dengan Cita-cita lainlah .. Cita-cita adalah perkara yang kau impikan ketika kau dah besar nanti,Pekerjaan pulak apa yang kau usahakan ketika dah besar nanti...


Aku terdiam mendengar,mungkin itulah maksud Cita-cita yg kadang kala bermain di kotak mindaku.Adakah aku tersilap selama ini belajar tanpa ada Matlamat ketika dewasa kelak,Aku berdiam diri meninggalkan rakanku yang sedang mengocek Poketnya mencari lighter utk membakar sebatang rokok Winston merahnya.Peristiwa itu kadangkala membuatkan aku terfikir apa Cita-cita aku yang sebenarnya,sedangkan kalau aku bertanya kepada mereka-mereka yang mengemis jika mampu,mereka pasti ingin mencapai Cita-cita mereka tetapi kenapa tidak aku yang mampu ini,mengapa aku tiada matlamat atau Cita-cita?Sedang memikirkannya,aku tersenyum sinis aku memerhatikan gelagat seorang lelaki yang mungkin mengakui dirinya buta,meminta-minta seperti pengemis,aku terus memerhatikan gelagat pemuda itu dari jauh,ketika berjalan tongkatnya di halakan ke tanah untuk merasa tempat di mana ia berpijak,ketika sampai di suatu tempat,dia mahu meneruskan perjalanannya tetapi di depannya terdapat sebuah longkang yang agak besar,gelagatnya yang seterusnya dia memandang kiri dan kanannya tanpa sedar aku sedang memerhatikannya,dia melompat dengan sempurna seperti manusia biasa yang luas pemandangannya lalu meneruskan perjalanannya sebagai si buta yang mengemis.Dulu aku pernah dengar tentang kisah sebegini tapi sekarang aku yang melihatnya sendiri.


Terlena melihat pemuda itu,Bas Klang ke Meru sudah sampai,aku terus menuju ke arah bas tersebut dan menaikinya,Dalam hatiku berkata mungkin Cita-cita bagi Pemuda tadi hanya ingin bersenang lenang meminta dari berusaha dan bermula pada detik ini aku perlu dan patut menetapkan apa matlamat hidup aku.Aku sedar selama ini aku Hanyalah Sebuah Layang-Layang Tanpa Tanpa Tali.





                 #Bertemankan Lagu Free Bird yang di nyanyikan Oleh Lynyrd Skynyrd
                             


Kini aku sedar bahawa kita hidup di dunia ini haruslah mempunyai matlamat agar tidak tersesat di tengah    jalan kelak.Kadang kala manusia pula suka mempunyai matlamat tapi tidak pernah berusaha untuk mencapai apa yang mereka mahukan.Untuk berjaya dalam hidup kita mestilah sentiasa berusaha dan di selangi dengan doa-doa tanpa henti.In Shaa Allah kita mencapai apa yang kita mahukan.



Sunday, 2 December 2012

Angel & Kebahagiaan

Setiap hari melakukan perkara yang sama,bertemankan perkara yang sudah lali sepanjang 15 tahun dengan kehidupan ini.Berdiam diri meneruskan kehidupan ini yang semakin hari semakin singkat dan makin hampir dengan Kematian,mataku layu memerhatikan keadaan sekeliling.Berfikir sejenak tentang masa depan yang bakal di tempuhi dan di teruskan.Memikirkan kebahagiaanku yang semakin hari semakin hambar,hanya senyum sendiri tanpa berkata apa-apa.Aku bersyukur kerana setakat ini aku hidup dengan penuh Kasih Sayang dari kedua Ibu bapaku.Tidak malu utk aku mengatakan aku bukanlah datang dari keluarga yang berada,tinggal di rumah yg serba mewah dan besar,kehidupan umpama tidur di atas duit tetapi aku sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada dan benda-benda di sekeliling aku.

Kata orang jika kita ada duit di dunia ini,kita mampu membeli apa saja.Bagi aku tidak,wang bukan segalanya.Kasih Sayang,Tenaga,Senyuman,Persahabatan,Keamanan,Kebahagiaan tidak mampu di beli dengan wang ringgit.Ketika berhenti menulis seketika,aku terdiam,Bercerita tentang keamanan dan kebahagiaan,adakah kita mampu meneruskan keamanan dan kebahagiaan yang selama ini kita kecapi.Ketika aku menulis aku teringat sesuatu Perkara..Jika ingin bahagia,Carilah Angel,pasti korang pernah dengar tentang Angel bukan?Jika Angel itu wujud,kenapa adanya sifat dengki mendengki antara manusia,mengapa adanya peperangan di dunia ini.Mengapa adanya perpisahan dalam perhubungan.Sepanjang kehidupan aku ini,Aku tidak pernah berjumpa dengan Angel yang di katakan mampu memberi Kebahagiaan kepada kita.Kebahagiaan yang kita kecapi selama ini adalah hasil dari titik peluh dan usaha kita sendiri.Angel hanyalah Khayalan ketika keanak-anakan,Zaman yang sentiasa terpengaruh dengan pelbagai propaganda.Zaman yang hanya tahu tentang kehidupan yang selalunya ikhlas.


 Ketika ini kita sering mengejar kebahagiaan yang kita semua selalu impikan,tak kira bersama Keluarga,Rakan atau Bersendirian.Tidak pernah pula datangnya Angel memberikan kita bantuan kerana itu semua hanyalah khayalan.Kebahagiaan yang kita impikan tidak pernah hadir tanpa usaha yang bersungguh-sungguh dan doa yang tidak pernah putus.InsyaAllah apa yang kita inginkan akan dapat kerana sebagai manusia Pilihan Di Tangan kita.