Wednesday, 6 February 2013

Hope That The Sky's Bright

*Assalamualaikum

Kaifahaluk : Ana Bikhoir
How are you : Im Fine
Apa khabar : Saya Sihat

Lama tak menulis nak menaip kerana kesibukkan pada awal alam persekolahan ini,maklumlah aku pun Alhamdulillah dah semakin dewasa mungkin,Hahahaha.Tiada masa untuk menghadap dan menulis satu hari seperti dulu.Tiada apa yang istimewa tetapi hanya mahu berkongsi sebuah cerita biasa selama 1 Jam.

Putus cinta,kecewa dlm kehidupan,kehilangan orang tersayang,di tikam rakan sendiri itu adalah antara perkara buruk yg pernah aku hadapi walaupun tidak kesemuanya aku pernah hadapi tapi aku tetap tempuh menghadapi semua itu kerana ianya boleh di jadikan sebagai pengalaman lepas.

Walaupun langit tidak selalu menang tetapi ianya tetap cerah menerangi waktu siang kita meskipun ada di antara kita yg mengeluh tetapi ianya membawa seribu makna dan kebaikan.Putus Cinta,kebanyakkan darinya pasti bersedih jika baru lepas mengalaminya kecuali mereka yang Cintanya sudah tidak mahal lagi,cinta yg mudah jatuh tetapi mudah juga utk pergi.Tipulah kalau mengatakan kalau lepas putus cinta tergelak tertawa pastinya mesti ada sedikit perasaan sedih atau kecewa.Selepas berjaya mengubati kesakitan akibat Cinta pastinya ada yg mula menjauhkan diri dari perkara sedemikian kerana pastinya tiada siapa yg mahu peristiwa pahit berulang dan terus menusuk lagi.

#Crush Oh Crush

Pastinya ramai yg pernah dengar perkataan #Crush.Crush??Hahaha.Kadangkala ia membuatkan kita bersemangat semula seperti tiada apa-apa yg pernah berlaku.Ia membuatkan kita gembira,bersemangat utk teruskan hidup seperti biasa dengan kuasa tambahan tanpa kita sedari bahawa itulah kuasa Crush.Bunyi mcm pelik tetapi ia pernah terjadi pada diriku sendiri.Memang hebat crush ni walaupun kita tidak pernah memberitahu tentang perasaan kita yg telah jatuh padanya tetapi perasaannya seperti orang yg sedang hanyut di buai alam percintaan,fuh,Hebat sangat ke?Mungkin juga benar mungkin juga hanya dongengan Sang Pujangga yg hanya pandai bermain kata tanpa ada usahanya ibarat hanya menanam tebu di bibir.

Crush boleh buat kita gila,happy,sedih,cemburu tetapi semuanya mungkin nyata apabila kita sudah memberitahu yg kita sudah jatuh hati padanya.Tetapi mungkin Crush itu sendiri boleh menerima atau pun tidak akan perasaan kita kerana cinta itu tidak boleh di paksa kerana cinta itu datang dari hati jika mahukan yang ikhlas,bukan yang jatuh kerana kerana rupa semata-mata,tidak memikirkan hati budi,berkelana tidak sampai seminggu sudah membuat hubungan.Alahai,murah sangat cinta mereka.





Menunggu sampai akhir jika mampu #
Mengharap sinar kebahagiaan.

Menunggumu ..
Setiap waktu tanpa rasa jemu
Berbicara tentangmu tanpa mengendahkan kata orang lain
Malam siang perasaannya sama tanpa perkara lain
Adakah aku sudah terbuai dalam irama Indah

Hadirnya seketika tidak di undang tetapi
Terus menusuk hati yang masih sakit dan
Terus berdiam diri menunggu.